Selasa, 14 Jun 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

LELAKI A : " Kenapa orang islam sembah bangunan kain hitam itu? "
LELAKI B : " Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah "

LELAKI A : "Baitullah tu apa?"
LELAKI B :"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

LELAKI A : "Allah ada dalam tu?"
LELAKI B : "Tak.."

LELAKI A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
LELAKI B : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

LELAKI A : "Kamu sembah apa?"
LELAKI B : "Saya sembah Allah swt"

LELAKI A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
LELAKI B : "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

LELAKI A : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
LELAKI B : "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

LELAKI A : "Pernah.. selalu.."
LELAKI B : "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

LELAKI A : "Tengok perlawanan bola la.."
LELAKI B : "Di mana?"

LELAKI A : "Dalam tv la.."
LELAKI B : "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

LELAKI A : "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
LELAKI B : "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

LELAKI A : "So..?"
LELAKI B : "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

LELAKI A : "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
LELAKI B : "Peliknya.."

LELAKI A : "Sebab apa pulak pelik?"
LELAKI B : "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu
 tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

LELAKI A : "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar
perlawanan bola dalamnya.."
LELAKI B : "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

LELAKI A : "Ya.. tak pelik.."
LELAKI B : "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah
 swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

LELAKI A :  "Erk.. kau betul.."

Tiada ulasan:

Rerama Sayang

Kotak Jerit




ShoutMix chat widget